Ahad, 21 Mei 2017

PETA JOHOR

PETA JOHOR DARUL TAKZIM 
Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri MelakaNegeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timurSelat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi RiauIndonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Johor.
Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri kelima terbesar dalam Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.
Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu PahatMuar dan Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.

3 ulasan:

NAMA SYARIKAT

HUBUNGI KAMI:- CAWANGAN JOHOR NO 77 JALAN MERISNG 115 DAERAH CHEPIR, JOHOR MALAYSIA NO TELEFON:- 0124543356 EMAIL:-JOHOR.EREK.COM