Ahad, 21 Mei 2017

TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI

Masjid Sultan Abu Bakar
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar Ialah Masjid Negeri Johor Yang Terletak Di Johor BahruJohorMalaysia. Masjid Ini Telah Dibuka Dengan Rasminya Oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar Pada 1900. Masjid Ini Diberi Nama Masjid Abu Bakar Kerana Mengambil Sempena Nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim Yang Telah Menitahkan Pembinaannya Kira-Kira Dalam Tahun 1892 Dengan Perbelanjaan Lebih Dari $400,000.
Masjid Yang Dibangunkan Di Atas Sebuah Bukit Kecil Di Tepi Selat Tebrau Ini Mempunyai 4 Buah Menara Yang Menyerupai Beberapa Buah Masjid Di Negara-Negara Asia Barat Terutamanya Di Mesir. Menaranya Berbentuk 2 Tingkat Bulat Di Atas Dan Empat Persegi Di Bawah Serta Berkubah. Masjid Ini Boleh Memuatkan Kira-Kira 3,000 Umat Islam Bersolat.
Seni Bentuk Bangunan Masjid Ini Telah Direka Oleh Tuan Haji Mohamed Arif Bin Punak Di Bawah Penguasaan Jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya Bin Awalluddin. Masjid Ini Juga Merupakan Mercutanda Yang Membuktikan Bahawa Jurutera-Jurutera Melayu Juga Berkeupayaan Membina Bangunan-Bangunan Besar Yang Indah Dan Kukuh Seperti Di Eropah Dantimur Tengah Pada Hujung Abad Ke-19.

Bangunannya Empat Persegi Dan Banyak Dipengaruhi Oleh Ciri-Ciri Bina Islam. Masjid Ini Berbentuk Bujur Sangkar Dengan 4 Buah Anjung Yang Masing-Masing Mempunyai Menara Kubah.
Legoland Nusajaya
Mesti ramai yang tahu permainan Lego, bukan? Taman tema yang terletak di Nusajaya, Johor Darul Takzim ini menampilkan lebih 40 jenis permainan seperti roller coaster, ferris wheel, filem 4D dan terbaru adalah NinjaGo.
Selain daripada itu, anda juga boleh bermain di taman air atau melihat monumen atau lokasi terkenal di seluruh dunia yang diperbuat daripada Lego seperti Angkor Wat, Taj Mahal, Putrajaya dan Singapura di Miniland.
Anak-anak (dan anda juga!) boleh mengambil gambar kerana terdapat banyak figura dan pemandangan menarik di sini!
Waktu Operasi: 
Taman Tema: 10am- 7.30pm,
Taman Air:     10am- 6.00pm
Harga Tiket:
Kombo (Taman Tema + Taman Air)
Dewasa: RM196 (Dewasa), Kanak-kanak/Warga Tua: RM156
Taman Tema
Dewasa: RM156 (Dewasa), Kanak-kanak/Warga Tua: RM124
Taman Air
Dewasa: RM100 (Dewasa), Kanak-kanak/Warga Tua: RM84
Bagi warganegara Malaysia dengan MYKAD, anda boleh mendapat potongan harga dengan promosi MYKAD Special.
PULAU RAWA
Pulau Rawa merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan di pesisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.
Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap kelaut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.
Pulau Rawa yang dimiliki oleh keluarga Sultan Johor ini mempunyai dua buah resort peranginan yang mampu menyediakan fasiliti penginapan kepada pengunjung iaitu Rawa Island Resort dan resort yang lebih kecil Alang’s Rawa.
Pengunjung yang mahu menuju ke Pulau Rawa haruslah menaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing sebelum sampai ke pulau.


MUZIUM KOTA TINGGI
Muzium Kota Tinggi merupakan sebuah muzium yang terletak di Kota TinggiJohorMalaysia. Ia ditempatkan di bangunan seluas 6, 480 meter persegi ini mula dibina pada 14 April 1997 dan telah siap pada 11 Jun 1999. Muzium Kota Tinggi ini dibuka kepada orang ramai pada 30 Ogos 2002 dan dirasmikan oleh D.Y.A.M. Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor (Sultan Johor pada masa ini) pada 29 Februari 2004 bersamaan 8 Muharam 1425 H bersempena Program Kembara Mahkota Johor. Muzium Kota Tinggi telah menjadi pusat kunjungan segenap lapisan masyarakat termasuk pelancong dari dalam dan luar negara bagi mengetahui mengenai sejarah Kota Tinggi, sesuai dengan fungsinya sebagai pusat penyimpanan dan penyebaran maklumat sejarah.
Muzium Kota Tinggi menonjolkan sejarah dan tinggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama. Lembah Sungai Johor merupakan wadah kesinambungan Kesultanan Melayu setelah gugurnya Melaka pada tahun 1511. Dengan mengambil kira tahun 1529 bermulanya pusat Kerajaan Johor di Pekan Tua (Pasir Raja) dan diikuti oleh Johor Lama dalam tahun 1540 bererti tamadun Melayu telah bertapak di Kota Tinggi selama lebih 400 tahun. Di lembah Sungai Johor inilah lahirnya Tun Sri Lanang Pengarang Melayu tersohor dan terawal menghasilkan Sejarah Melayu, sebuah historiografi Melayu yang agung.
Muzium Kota Tinggi (pada awalnya menggunakan nama Pusat Sejarah Kota Tinggi) mula dibina pada tahun 1997. Kerja-kerja binaan telah diselia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi. Pada 11 Jun 1999 bangunan ini telah sempurna disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti. Pada 27 Februari 2001 pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti menyerahkan Muzium Kota Tinggi ini kepada Kerajaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor.


GUNUNG LEDANG 

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah TangkakJohorMalaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu AsahanMelaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan SumateraIndonesia dengan jelas.
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. Stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor, Melaka, bahagian barat daya Pahang dan sebahagian selatan Negeri Sembilan. Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah KluangBatu PahatMuar dan Tangkak di Johor dan daerah JasinMelaka. Bagi kawasan lain di Melaka siaran TV RTM menerima pancaran dari Gunung Tampin dan Gunung Telapa Burok. Bagi siaran radio pula, pemancar FM dikhususkan bagi pendengar di seluruh Negeri Melaka, daerah TangkakMuarBatu Pahat dan Kluang di Johor, bahagian barat daya Pahang seperti Keratong dan bahagian selatan Negeri Sembilan seperti TampinGemenchehGemasKota dan sebahagian kawasan Jempol. Terdapat juga dua stesen pemancar khusus untuk Negeri Sembilan Timur yang pancarannya dari Gunung Ledang. Talaannya dihala ke kawasan timur Negeri Sembilan untuk siaran Negeri FM. Begitu juga satu saluran radio Johor FM yang talaannya dihalakan ke daerah SegamatTangkakMuar dan Kluang.

Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu lagenda, iaitu lagenda Puteri Gunung Ledang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NAMA SYARIKAT

HUBUNGI KAMI:- CAWANGAN JOHOR NO 77 JALAN MERISNG 115 DAERAH CHEPIR, JOHOR MALAYSIA NO TELEFON:- 0124543356 EMAIL:-JOHOR.EREK.COM