Restoran
ZZ Sup Tulang
Tarikan utama di restoran ini
ialah Sup Tulang dan Mee Rebus Tulang. Sup Tulang ZZ yang pekat dan rasa rempah
yang superb, sangat sesuai dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja. Mee
Rebus Tulang pun menyelerakan. Straw besar disediakan bersama hidangan ini
untuk memudahkan anda menyedut isi dan jus di dalam tulang. Bila dapat sedut
segala isi di dalam tulang, memang terasa nikmatnya! Selain Mee Rebus Tulang,
restoran ni juga menjual makanan panas seperti Tom Yam, Nasi Goreng, Kerang
Bakar dan termasuklah otak-otak sebagai appetizer yang terkenal di Johor Bahru.
Murtabak
Majid Special Cheese No.1
Murtabak Special Cheese No. 1 di Restoran Murtabak
Majid adalah yang paling trending di JB. Murtabaknya kaya dengan cheese, inti
daging cincang serta bahan-bahan lain. Anda boleh memilih sama ada makan
bersama kuah kari ataupun sos dan timun ala-ala Murtabak Singapore. Anda akan
dapat rasa cheese yang mengalir di dalam mulut apabila memakannya. Kalau tak
suka murtabak cheese, murtabak biasa pun ada. Tapi dah alang-alang sampai JB ni
tak pekena Murtabak Majid Special Cheese No. 1 memang rugi! Lihat sahaja dah
terliur.
Asma
Rojak Larkin
Kedai Asma Rojak ini terletak di Plaza Larkin.
Kesedapan rojak di sini adalah terletak pada kuah kacangnya. Bahan-bahan
didalamnya ala-ala pasembur penang – ada cucur tepung, cucur udang,
sayur-sayuran seperti salad dan timun. Untuk sedikit rasa pedas terdapat juga
hirisan cili. Bahan-bahan yang lain pula kebanyakkannya di goreng, antaranya
telur rebus, kentang, tempe, tauhu, fish ball, fish cake, ada tambahan ketam
celup tepung, sotong, udang dan macam-macam lagi. Makan pula bersama dengan
kuah kacang yang lemak-lemak manis. Fuhhh memang terbaik!
RUJUKAN:http://my.travelmalaysia.me/tempat-makan-sedap-di-johor-bahru/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan