BERKAYAK DI PULAU SIBU
Pulau Sibu sepanjang 6 km,
merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di
persisiran laut Johor, Malaysia. Antara pulau berdekatan adalah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.
Pulau Sibu mempunyai pantai
berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua
pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut
lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir
pantainya.
BERSANTAI DI PANTAI DESARU
Desaru ialah sebuah kawasan
pelancongan pantai di Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ia terletak lebih kurang 88 kilometer timur dari Johor Bahru, di Laut China Selatan. Ia
ialah sebuah kawasan pelancongan popular bagi rakyat Singapura pada hujung minggu untuk berehat.
Berdekatan dengan pantai
ini terletaknya Bandar Penawar, yang mana
terdapat beberapa sekolah berasrama. Antaranya ialah Sekolah Menengah Sains Kota
Tinggi, Sekolah Sukan
Bandar Penawar dan Sekolah Menengah kebangsaan Agama Bandar Penawar.
Puteri
Harbour Family Theme Park
Puteri Harbour Family Theme
Park merupakan
sebuah taman tema di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Taman tema ini juga menampilkan bangunan yang
bertemakan kartun Hello Kitty, Bob The Builder, Barney & Friends, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends.
Sanrio Hello Kitty Town
adalah taman tema Hello Kitty yang pertama di luar Jepun dengan
tarikan dan aktiviti termasuklah pengalaman taman tema interaktif yang
berteknologi tinggi. Pengunjung akan merasai mengalaman di Black Wonder,
Wishful Studio dan juga Friendship Land yang menyediakan taman permainan dan
tunggangan berbentuk cawan teh serta persembahan secara langsung di atas pentas
"Purrfect".
The Little Big Club akan
menwarkan aktiviti yang interaktif dan tunggangan yang bertemakan karekter
kartun yang direka oleh HiT Entertainment seperti Bob the Builder, Barney,
Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends. Tempat ini juga adalah yang
pertama di dunia yang menggabungkan kelima-lima karekter kanak-kanak yang
popular dengan penyatuan dalam sebuah taman tema. Seperti juga tunggangan yang
bertemakan Bob the Builder, kanak-kanak dibolehkan untuk membantu membina
rumah-rumah di Bobsville. Selain itu, pengunjung akan dapat menyaksikan
persembahan secara langsung oleh Barney & Friends serta menyertai pertandingan
menari menggunakan imej janaan komputer (CGI)
mengenai Angelina Ballerina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan