HUBUNGI KAMI:-
CAWANGAN JOHOR
NO 77 JALAN MERISNG
115 DAERAH CHEPIR,
JOHOR MALAYSIA
NO TELEFON:- 0124543356
EMAIL:-JOHOR.EREK.COM
Ahad, 21 Mei 2017
TEMPAT PENGINAPAN
Johor Old Fort ( Bob Homestay)
Bil.
|
Nama Tempat
|
Alamat
|
No. Telefon / No. Faks
|
1.
|
Johor Old Fort ( Bob Homestay)
|
48 Jalan Bahtera,
Kg. Johor Lama, 81900 Kota Tinggi, Johor. |
Tel : 07-8925217
Fax : 07-2543750 Email : travel =withtotal@gmail.com |
RUJUKAN:http://www.kejora.gov.my/perniagaan/promosi-pemasaran/senarai-tempat-penginapan/
AKTIVITI MENARIK
BERKAYAK DI PULAU SIBU
Pulau Sibu sepanjang 6 km,
merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di
persisiran laut Johor, Malaysia. Antara pulau berdekatan adalah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.
Pulau Sibu mempunyai pantai
berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua
pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut
lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir
pantainya.
BERSANTAI DI PANTAI DESARU
Desaru ialah sebuah kawasan
pelancongan pantai di Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ia terletak lebih kurang 88 kilometer timur dari Johor Bahru, di Laut China Selatan. Ia
ialah sebuah kawasan pelancongan popular bagi rakyat Singapura pada hujung minggu untuk berehat.
Berdekatan dengan pantai
ini terletaknya Bandar Penawar, yang mana
terdapat beberapa sekolah berasrama. Antaranya ialah Sekolah Menengah Sains Kota
Tinggi, Sekolah Sukan
Bandar Penawar dan Sekolah Menengah kebangsaan Agama Bandar Penawar.
Puteri
Harbour Family Theme Park
Puteri Harbour Family Theme
Park merupakan
sebuah taman tema di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Taman tema ini juga menampilkan bangunan yang
bertemakan kartun Hello Kitty, Bob The Builder, Barney & Friends, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends.
Sanrio Hello Kitty Town
adalah taman tema Hello Kitty yang pertama di luar Jepun dengan
tarikan dan aktiviti termasuklah pengalaman taman tema interaktif yang
berteknologi tinggi. Pengunjung akan merasai mengalaman di Black Wonder,
Wishful Studio dan juga Friendship Land yang menyediakan taman permainan dan
tunggangan berbentuk cawan teh serta persembahan secara langsung di atas pentas
"Purrfect".
The Little Big Club akan
menwarkan aktiviti yang interaktif dan tunggangan yang bertemakan karekter
kartun yang direka oleh HiT Entertainment seperti Bob the Builder, Barney,
Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends. Tempat ini juga adalah yang
pertama di dunia yang menggabungkan kelima-lima karekter kanak-kanak yang
popular dengan penyatuan dalam sebuah taman tema. Seperti juga tunggangan yang
bertemakan Bob the Builder, kanak-kanak dibolehkan untuk membantu membina
rumah-rumah di Bobsville. Selain itu, pengunjung akan dapat menyaksikan
persembahan secara langsung oleh Barney & Friends serta menyertai pertandingan
menari menggunakan imej janaan komputer (CGI)
mengenai Angelina Ballerina.
MAKANAN MENARIK DI JOHOR
Restoran
ZZ Sup Tulang
Tarikan utama di restoran ini
ialah Sup Tulang dan Mee Rebus Tulang. Sup Tulang ZZ yang pekat dan rasa rempah
yang superb, sangat sesuai dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja. Mee
Rebus Tulang pun menyelerakan. Straw besar disediakan bersama hidangan ini
untuk memudahkan anda menyedut isi dan jus di dalam tulang. Bila dapat sedut
segala isi di dalam tulang, memang terasa nikmatnya! Selain Mee Rebus Tulang,
restoran ni juga menjual makanan panas seperti Tom Yam, Nasi Goreng, Kerang
Bakar dan termasuklah otak-otak sebagai appetizer yang terkenal di Johor Bahru.
Murtabak
Majid Special Cheese No.1
Murtabak Special Cheese No. 1 di Restoran Murtabak
Majid adalah yang paling trending di JB. Murtabaknya kaya dengan cheese, inti
daging cincang serta bahan-bahan lain. Anda boleh memilih sama ada makan
bersama kuah kari ataupun sos dan timun ala-ala Murtabak Singapore. Anda akan
dapat rasa cheese yang mengalir di dalam mulut apabila memakannya. Kalau tak
suka murtabak cheese, murtabak biasa pun ada. Tapi dah alang-alang sampai JB ni
tak pekena Murtabak Majid Special Cheese No. 1 memang rugi! Lihat sahaja dah
terliur.
Asma
Rojak Larkin
Kedai Asma Rojak ini terletak di Plaza Larkin.
Kesedapan rojak di sini adalah terletak pada kuah kacangnya. Bahan-bahan
didalamnya ala-ala pasembur penang – ada cucur tepung, cucur udang,
sayur-sayuran seperti salad dan timun. Untuk sedikit rasa pedas terdapat juga
hirisan cili. Bahan-bahan yang lain pula kebanyakkannya di goreng, antaranya
telur rebus, kentang, tempe, tauhu, fish ball, fish cake, ada tambahan ketam
celup tepung, sotong, udang dan macam-macam lagi. Makan pula bersama dengan
kuah kacang yang lemak-lemak manis. Fuhhh memang terbaik!
RUJUKAN:http://my.travelmalaysia.me/tempat-makan-sedap-di-johor-bahru/
TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI
Masjid
Sultan Abu Bakar
Masjid Negeri Sultan Abu
Bakar Ialah Masjid Negeri Johor Yang Terletak
Di Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Masjid Ini Telah Dibuka Dengan Rasminya Oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar Pada
1900. Masjid Ini Diberi Nama Masjid Abu Bakar Kerana Mengambil Sempena Nama
Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim Yang
Telah Menitahkan Pembinaannya Kira-Kira Dalam Tahun 1892 Dengan Perbelanjaan
Lebih Dari $400,000.
Masjid Yang
Dibangunkan Di Atas Sebuah Bukit Kecil Di Tepi Selat Tebrau Ini Mempunyai 4
Buah Menara Yang Menyerupai Beberapa Buah Masjid Di Negara-Negara Asia Barat
Terutamanya Di Mesir. Menaranya Berbentuk 2 Tingkat Bulat Di Atas Dan Empat Persegi
Di Bawah Serta Berkubah. Masjid Ini Boleh Memuatkan Kira-Kira 3,000 Umat Islam
Bersolat.
Seni Bentuk Bangunan
Masjid Ini Telah Direka Oleh Tuan Haji Mohamed Arif Bin Punak Di Bawah
Penguasaan Jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya Bin Awalluddin. Masjid Ini Juga
Merupakan Mercutanda Yang Membuktikan Bahawa Jurutera-Jurutera Melayu Juga
Berkeupayaan Membina Bangunan-Bangunan Besar Yang Indah Dan Kukuh Seperti Di
Eropah Dantimur Tengah Pada Hujung Abad Ke-19.
Bangunannya Empat
Persegi Dan Banyak Dipengaruhi Oleh Ciri-Ciri Bina Islam. Masjid Ini Berbentuk
Bujur Sangkar Dengan 4 Buah Anjung Yang Masing-Masing Mempunyai Menara Kubah.
Legoland
Nusajaya
Mesti ramai yang tahu permainan Lego, bukan? Taman tema
yang terletak di Nusajaya, Johor Darul Takzim ini menampilkan lebih 40 jenis
permainan seperti roller coaster, ferris wheel, filem 4D dan terbaru adalah
NinjaGo.
Selain daripada itu, anda juga boleh bermain di taman air
atau melihat monumen atau lokasi terkenal di seluruh dunia yang diperbuat
daripada Lego seperti Angkor Wat, Taj Mahal, Putrajaya dan Singapura di
Miniland.
Anak-anak (dan anda juga!) boleh mengambil gambar kerana
terdapat banyak figura dan pemandangan menarik di sini!
Waktu Operasi:
Taman Tema: 10am- 7.30pm,
Taman Air: 10am- 6.00pm
Taman Tema: 10am- 7.30pm,
Taman Air: 10am- 6.00pm
Harga Tiket:
Kombo (Taman Tema + Taman Air)
Dewasa: RM196 (Dewasa), Kanak-kanak/Warga Tua: RM156
Kombo (Taman Tema + Taman Air)
Dewasa: RM196 (Dewasa), Kanak-kanak/Warga Tua: RM156
Taman Tema
Dewasa: RM156 (Dewasa), Kanak-kanak/Warga Tua: RM124
Dewasa: RM156 (Dewasa), Kanak-kanak/Warga Tua: RM124
Taman Air
Dewasa: RM100 (Dewasa), Kanak-kanak/Warga Tua: RM84
Dewasa: RM100 (Dewasa), Kanak-kanak/Warga Tua: RM84
Bagi warganegara Malaysia dengan MYKAD, anda boleh mendapat
potongan harga dengan promosi MYKAD Special.
PULAU RAWA
Pulau Rawa merupakan salah
satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan di pesisiran laut
Johor, Malaysia. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer
diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa
pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.
Pulau Rawa mempunyai pantai
berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di
pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap kelaut lepas,
menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.
Pulau Rawa yang dimiliki
oleh keluarga Sultan Johor ini mempunyai dua buah resort peranginan yang mampu
menyediakan fasiliti penginapan kepada pengunjung iaitu Rawa Island Resort dan
resort yang lebih kecil Alang’s Rawa.
Pengunjung yang mahu menuju
ke Pulau Rawa haruslah menaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing sebelum
sampai ke pulau.
MUZIUM KOTA TINGGI
Muzium Kota Tinggi merupakan sebuah muzium yang terletak
di Kota Tinggi, Johor, Malaysia.
Ia ditempatkan di bangunan seluas 6, 480 meter persegi ini mula dibina pada 14
April 1997 dan telah siap pada 11 Jun 1999. Muzium Kota Tinggi ini dibuka
kepada orang ramai pada 30 Ogos 2002 dan dirasmikan oleh D.Y.A.M. Tunku Ibrahim
Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor (Sultan Johor pada masa ini)
pada 29 Februari 2004 bersamaan 8 Muharam 1425 H bersempena Program Kembara
Mahkota Johor. Muzium Kota Tinggi telah menjadi pusat kunjungan segenap lapisan
masyarakat termasuk pelancong dari dalam dan luar negara bagi mengetahui
mengenai sejarah Kota Tinggi, sesuai dengan fungsinya sebagai pusat penyimpanan
dan penyebaran maklumat sejarah.
Muzium Kota Tinggi
menonjolkan sejarah dan tinggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama.
Lembah Sungai Johor merupakan wadah kesinambungan Kesultanan Melayu setelah
gugurnya Melaka pada tahun 1511. Dengan mengambil kira tahun 1529 bermulanya
pusat Kerajaan Johor di Pekan Tua (Pasir Raja) dan diikuti oleh Johor Lama
dalam tahun 1540 bererti tamadun Melayu telah bertapak di Kota Tinggi selama
lebih 400 tahun. Di lembah Sungai Johor inilah lahirnya Tun Sri Lanang
Pengarang Melayu tersohor dan terawal menghasilkan Sejarah Melayu, sebuah
historiografi Melayu yang agung.
Muzium Kota Tinggi (pada
awalnya menggunakan nama Pusat Sejarah Kota Tinggi) mula dibina pada tahun
1997. Kerja-kerja binaan telah diselia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota
Tinggi. Pada 11 Jun 1999 bangunan ini telah sempurna disiapkan dan diserahkan
kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti. Pada 27 Februari 2001 pihak Jabatan Muzium
dan Antikuiti menyerahkan Muzium Kota Tinggi ini kepada Kerajaan Negeri Johor
dan diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor.
GUNUNG
LEDANG
Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount
Ophir) merupakan sebuah gunung yang
terdapat di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia.
Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka.
Dengan ketinggian 1,276 meter,
Gunung Ledang merupakan gunung yang
tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas
gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan
jelas.
Gunung Ledang dipercayai
sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan
yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia
mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Di puncak gunung ini
terdapat stesen pemancar TV dan radio. Stesen pemancar di sini dikhususkan bagi
penduduk di Utara Johor, Melaka, bahagian barat daya Pahang dan sebahagian
selatan Negeri Sembilan. Bagi TV RTM stesen pemancar
Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak di Johor dan
daerah Jasin, Melaka.
Bagi kawasan lain di Melaka siaran
TV RTM menerima
pancaran dari Gunung Tampin dan Gunung Telapa Burok. Bagi siaran radio pula,
pemancar FM dikhususkan bagi pendengar di seluruh Negeri Melaka,
daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor, bahagian barat
daya Pahang seperti Keratong dan
bahagian selatan Negeri Sembilan seperti Tampin, Gemencheh, Gemas, Kota dan sebahagian
kawasan Jempol.
Terdapat juga dua stesen pemancar khusus untuk Negeri Sembilan Timur
yang pancarannya dari Gunung Ledang. Talaannya dihala ke kawasan timur Negeri Sembilan untuk
siaran Negeri FM.
Begitu juga satu saluran radio Johor FM yang
talaannya dihalakan ke daerah Segamat, Tangkak, Muar dan Kluang.
PETA JOHOR
PETA JOHOR DARUL TAKZIM
Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri
di Malaysia yang terletak
di selatan Semenanjung
Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga
dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut
China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di
bahagian barat. Bagi persempadanan
antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi
Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat
pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala
bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Johor.
Dengan keluasan kira-kira
19,210 kilometer
persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri kelima
terbesar dalam Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk
ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri
ke-7 terpadat di dalam negara.
Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu
sebuah bandar raya di selatan negeri
ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping
itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu
Pahat, Muar dan Kluang. Nama rasminya iaitu
"Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa
maksud tempat perlindungan yang bermaruah.
Langgan:
Catatan (Atom)
NAMA SYARIKAT
HUBUNGI KAMI:- CAWANGAN JOHOR NO 77 JALAN MERISNG 115 DAERAH CHEPIR, JOHOR MALAYSIA NO TELEFON:- 0124543356 EMAIL:-JOHOR.EREK.COM
-
PETA JOHOR DARUL TAKZIM Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia . Neg...
-
BERKAYAK DI PULAU SIBU Pulau Sibu sepanjang 6 km, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisira...
-
Masjid Sultan Abu Bakar Masjid Negeri Sultan Abu Bakar Ialah Masjid Negeri Johor Yang Terletak Di Johor Bahru , Johor , Malays...